Siri TV 1967 Ultra Seven

Ultra Seven terbitan Tsuburaya Productions ini disiarkan melalui rangkaian Tokyo Broadcasting System mulai 1 Oktober 1967 hingga8 September 1968, dengan sejumlah 49 episod (namun, Tsuburaya secara rasminya mengecualikan Episod 12 dari senarai, maka dikiranya 48 episod; lihat di bawah).

Plot

Apabila Bumi bakal diancam oleh makhluk asing dan raksasa durjana, Ejen 340 dari Nebula M-78 (iaitu juga planet asal Ultraman), yang asalnya ditugaskan melakar peta Bima Sakti, memutuskan untuk menetap di Bumi dan bertujuan melindunginya.

Ejen 340 menyamar sebagai manusia bernama Dan Moroboshi, lalu dijemput oleh Angkatan Pertahanan Bumi untuk menyertai cabang elitnya, iaitu Ultra Garrison, sebagai ahli yang keenam untuk memerangi ancaman dari angkasa lepas. Lima orang ahli yang lain tidak sedar bahawa apabila situasi makin terdesak, Dan secara rahsianya memakai cermin mata Ultranya, lalu menjadi bentuk asalnya sebagai Ejen 340, dan digelar ahli ketujuh kehormat pasukan Ultra Garrison, iaitu Ultra Seven!

Seven kemudiannya kemabli dalam siri Ultraman Leo yang mana setelah terpatah kakinya apabila menentang Magma Seijin dan Giras, sebelum sempat diselamatkan oleh Leo, Seven menjadi kapten MAC. Meskipun bergantung pada tongkat dan tidak dapat bertukar menjadi Ultra Seven lagi, kerana cermin Mata Ultranya lebur akibat diserang Magma, namun dia mampu membantu Leo dari masa ke semasa.

Raksasa

  1. Alien Kyruu
  2. Windam
  3. Alien Wyaar
  4. Alien Pitt
  5. Eleking
  6. Micklas
  7. Alien Godora
  8. Alien Bira
  9. Alien Pegassa
  10. Alien Kyuraso
  11. Alien Metron